Tawaran Wakaf Masjid al-Baidho dan Masjid al-Birr di Kem Perlindungan Idlib, Syria.
Kepada Tuan/Puan Yang Dikasih Allah & Nabi.
InsyaAllah kita membina Masjid maknanya kita membina atau menyediakan tempat perhimpunan umat Islam untuk beribadat, berhalaqah ilmu, bertadarrus al-Qur’an bermesyuarat dan lain-lain amal kebajikan.
Video di atas kejayaan pembinaan Masjid Bir Rayhanah, Idlib, Syria melalui Yayasan Darul Hijrah.
= Lokasi di atas bukit di penempatan perlindungan mangsa perang (Almuhajer Camp Deir Hassan Village, Idlib, Syria (35 km ke sempadan Turki)
= Pembinaan masjid ini mengambil masa 3 bulan setengah di waktu musim sejuk. Mula Oktober 2021 dan siap Januari 2022
= Manfaat masjid kepada 1000 buah keluarga
= Kos pembinaan dibawah nilai Rm 150 ribu sahaja.
= Di wakaf penuh oleh sebuah keluarga dari Malaysia
Kita doakan semoga wakaf ini diterima Allah swt dan dikira sebagai jariah yang berpanjangan.
GAMBAR MASJID BIR-RAYHANAH
Kini ayuh kita bersama menjayakan pula pembinaan Masjid ke 2 dan ke 3.
Fasa 1 telah berjaya disempurna iaitu penyediaan tapak bangunan.
RM 100 ribu sahaja. (12 April 2022)
RM 72 ribu (22 April 2022)
RM 70 ribu (25 April 2022)
RM 60 ribu (29 April 2022)
RM 40 ribu (6 Mei 2022)
RM 30 ribu (17 June 2022)
RM 28 ribu (24 June 2022)
Berikut adalah info untuk ke dua-dua buah Masjid tersebut :
1.Masjid al-Baidho
Lokasi di Mulhaq Kaf Nabudoh Camp di Idlib
Koordinat GPS di :36.282274,36.732987
Masjid yang sedang di bina ini bakal memberi manfaat besar kepada lebih 1000 keluarga. Sebelum ini mereka hanya bersolat beramai-ramai di dalam khemah sementara. Selain aktiviti solat berjamaah, masjid ini juga akan diadakan halaqah quran buat kanak-kanak.
2.Masjid al-Birr
Lokasi di Ahel Alkhair Camp, Aqrabat di Idlib
Koordinat GPS di: 36.282298,36.709979
Masjid yang sedang dibina ini bakal memberi manfaat kepada 700 buah keluarga.
GAMBAR-GAMBAR TERBAHARU MASJID AL-BAIDHO
GAMBAR-GAMBAR TERBAHARU MASJID AL-BIRR
GAMBAR SEMASA TEMPOH PEMBINAAN
”Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”
(Surah Saba’ : ayat 39)
Kita perlu merebut peluang ini supaya kita sendiri dapat merasa sendiri keajaiban sedekah itu dan dengan berderma atau bersedekah untuk pembinaan masjid ini kita akan mendapat faedah tiga dalam satu ini, iaitu :
- Fadhilat mendapat rumah di syurga yang mana rumah tersebut mempunyai kelebihan dari rumah-rumah lain yang ada di syurga sebagaimana kelebihan masjid ke atas rumah biasa di dunia ini.
- Keuntungan yang berlipat ganda dari wang yang disedekahkan atau didermakan sehingga mecapai tujuh ratus kali ganda.
- Amal jariah yang tidak putus pahalanya sekalipun sudah meninggal dunia.
Ayuh kita rebut peluang di bulan Ramadhan ini untuk bersama berwakaf. Hadiahkan juga wakaf ini buat ayahanda bonda seperti diisyaratkan dalam hadis ini:
“Daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa Sa’ad bin Ubadah r.a, ibunya meninggal dunia ketika ia tiada. Lalu dia datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal sedang saya tidak ada ketika matinya, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat baginya"? Rasulullah s.a.w menjawab: "Ya.” Lalu Saad berkata: "Saksikanlah bahawa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan (dan pahala) untuknya.” (Riwayat Bukhari)
Peluang wakaf ini terbuka sehingga cukup jumlah RM 100 ribu yang diperlukan. Pihak Yayasan Darul Hijrah akan menutup peluang ini sekiranya telah cukup.
Mohon jasa baik rakan-rakan untuk bantu hebahkan info ini kepada rakan-rakan serta saudara mara.
Bagi pewakaf yang berhajat menyumbang RM 1000 dan keatas disarankan untuk membuat pindahkan terus melalui akaun
Maybank :
Yayasan Darul Hijrah
5660 1060 9934
dan berhubung terus kepada kami untuk pengeluaran resit melalui hotline YDH di 0183590403